top of page
Search

KASUT BERJALAN

  • Zahirah
  • Sep 12, 2017
  • 1 min read

Setiap gadis wajib memiliki sepasang kasut tumit tinggi. Selain cantik untuk penampilan, ia mampu buatkan kita nampak lebih elegan dan yakin walaupun bertubuh rendah. SHUHADA MANSOR kongsi risiko yang ada akibat penggunaan kasut tumit tinggi terlalu kerap untuk penggemarnya.

Bagi yang sukakan kasut tapak rata, anda mungkin boleh menarik nafas lega. Berbeza bagi si gadis yang gilakan kasut tumit tinggi, tahukah anda beberapa risiko dikenal pasti melalui kajian dilakukan pakar berkaitan pemakaian aksesori ini secara kerap.

Nampak 20 tahun lebih tua

Menurut kajian terbaru Universiti Stanford University, Amerika Syarikat, kasut tumit tinggi dipercayai boleh mempercepatkan penuaan hingga 20 tahun lebih awal apabila penyelidik menilai bagaimana seorang wanita dengan fizikal sihat berjalan sambil memakai kasut yang tinggi berbeza-beza.

Responden wanita diminta memakai kasut kasual atau sneakers bertapak rata, kasut bertumit tinggi empat sentimeter (sm) dan 8sm selain diminta berjalan dengan mengenakan rompi (jaket) seberat 20 peratus daripada keseluruhan berat badan mereka.

Gerak tumit responden diamati ketika mereka berjalan dan berdiri, maka hasil penemuan yang diterbitkan Journal of Orthopaedic Research ternyata cukup memeranjatkan ramai pihak khususnya golongan wanita seluruh dunia. Sumber : HarianMetro


 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page